Monday, September 20, 2010

Kebebasan Mutlak Media Baru akan Memusnahkan Keharmonian Sosial

Kini penggunaan media baru terutama sekali internet semakin meluas dikalangan semua lapisan masyarakat yang celik IT. Internet telah menjadi satu platform informasi yang sangat popular dan kepenggunaannya amat diperlukan. Pelbagai informasi atau maklumat yang terdapat di internet seperti imej/gambar, video, muzik, film, berita dan sebagainya. Sesiapa sahaja berpeluang mendapatkan, menggunakan dan memberikan sebarang bentuk maklumat ataupun mana-mana bahan-bahan yang terdapat di internet dengan memuat turun dan memuat naik maklumat tersebut. Semuanya boleh diperolehi di internet tanpa sebarang halangan dan batasan masa, tempat dan jarak.

Terdapat pelbagai tetingkap yang kini sangat popular dikalangan pengguna internet seperti blog, portal-portal pendidikan dan kerajaan, laman-laman berita tempatan dan antarabangsa seperti harian metro, berita harian dan espn , laman-laman social seperti twiter, facebook, myspace dan friendster, youtube dan sebagainya boleh diakses oleh pengguna internet. Oleh kerana penggunaan internet ini sangat luas dan tiada batasan iaitu bebas, maka pengguna internet bebas mendapatkan maklumat atau sebarang bahan dengan memuat turun dari serata dunia.

Dengan kebebasan yang ada, para penggunaan internet boleh menggunakan kesemua laman-laman web seperti laman-laman social dan blog untuk memuat naik pelbagai informasi dalam pelbagai bentuk iaitu penulisan, video dan gambar secara terbuka tanpa had dan halangan. Ini memberi peluang yang luas kepada para pengguna untuk bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain di serata dunia.

Kegilaan dan kebebasan yang ada telah menyebabkan kebanjiran pengguna dilaman-laman social dan blog. Para pengguna bebas menyuarakan hasrat, pendapat dan luahan serta idea-idea yang bernas sama ada untuk tujuan ilmiah ataupun hiburan semata-mata. Kebanjiran penggunaan media baru ini mengundang musibah yang tiada pengakhiranya. Pelbagai masalah yang timbul akibat daripada kebebasan media baru ini. Antaranya ia telah merosakan atau memusnahkan keharmonian sosial. Media baru dikatakan memusnahkan keharmonian social apabila kebebasan yang terdapat pada internet tidak lagi dapat dibendung. Ini bermakna, kebebasan pengguna-pengguna blog dan laman-laman social ini bersuara lantang menyuarakan pendapat, idea dan luahan tidak dapat dikekang lagi.

Apa yang dikatakan sebagai Media Baru, Internet memusnahkan keharmonian social? Apabila kebebasan mutlak diletakkan sepenuhnya pada media baru, ia akan menggugat keharmonian social. Ini terjadi apabila pengguna-pengguna blog atau pun laman laman social dengan lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai sesuatu isu tanpa memikirkan tentang sensitiviti orang lain yang berkaitan terutama mengenai politik. Perihal tentang politik kadang-kadang terlalu “exclusive” untuk didedah atau diperkatakan. Namun dengan kehadiran Blog (internet, Media baru) pengguna mula berani menyuarakan hasrat dan pendapat mereka. ini kerana kebebasan yang terdapat pada penggunaan internet dan tiada pengampang atau kawalan yang sewajarnya pada media baru ini. Maka penulisan-penulisan seperti kutukan dan sinis mengenai isu-isu sensitive seperti isu politik, keagamaan, perkauman dan sebagainya. Kelantangan bersuara menterjahkan pandangan dan pendapat juga boleh memusnahkan keharmonian sosia. Ini berlaku apabila pandangan atau pendapat tersebut tidak boleh diterma atau menjejaskan kredibiliti orang lain. Sebagai contoh, seorang pelajar ASWARA menggunakan laman social facebook menulis mengenai isu sensitif yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Selain itu, Raja Petra yang ditangkap dibawah tahanan ISA kerana menggugat keselamatan negara. Beliau telah member pendapat tentang pemecatan ketua hakim negara, Tun Salleh Abas dan mengenai kes Altantuya. Raja Petra turut didakwa pihak berkuasa tentang beberapa lagi artikel yang salah satunya menghina institusi diraja.

Selain itu, pengguna yang tidak bertanggungjawab juga menggunakan blog untuk menyebarkan fitnah yang boleh menjatuhkan air muka ataupun maruah seseowang sehingga menyebabkan aib yang berpanjangan. Dengan berlakunya kes kes seperti ini, permusuhan antara penulis atau pengguna blog dengan orang yang difitnah terjadi. Ini akan menjadi lebih teruk apabila ia berkaitan dengan orang atau pihak ketiga. Sebagi contoh, Raja Petra menyebarkar fitnah berkaitan dengan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi. Beliau disabitkan bersalah dengan menulis artiket di Malaysia Today yang bertajuk Dato’ Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya? Kedua-kedua kes itu telah memusnahkan kehermonian sosial yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan kegemilangan negara.

Kemusnahan keharmonian sosial yang disebabkan oleh media baru, internet bukan sahaja berkisar pada isu fitnah dan kelantangan bersuara di dalam blog dan laman-laman sosial tetapi ia juga berkaitan dengan pelbagai isu yang boleh dikaitkan dengan penggunaan internet itu sendiri yang boleh melalaikan dan salah satu daripada agent penyampaian maklumat pelbagai bentuk. Dengan jolokan , gerbang ilmu dan maklumat yang diberikan kepada penggunaan internet tetapi ada dikalangan pengguna internet yang menyalahgunakan internet sebagai tempat sumber mendapatkan pornografi, propaganda dan ajaran sesat. Kesemua bahan-bahan tersebut memusnahkan keharmonian sosial. Ini menyebabkan masyarakat terdedah kepada gejala sosial yang merosakan keharmonian sosial. Keadaan ini juga menyebabakan keruntuhan institusi keluagraan yang menjadi pemangkin kepada pembinaan sosial. Keadaan ini juga menyebabkan para pengguna terdedah kepada pelbagai nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai murni, keruntuhan akhlak dan sosial dan seterusnya melahirkan masyarakat yang tidak sihat. Penyebaran budaya kuning tersebar dalam masysarakat dan sistem sosial.

Selain itu, kebebasan media baru menyebabkan peningkatan kes-kes jenayah siber dan jenayah berat dikalangan pengguna internet. Pelbagai jenayah yang melibatkan penggunaan internet antaranya ialah pengomdeman computer, pencerobohan sistem computer, penyebaran virus, skim cepat kaya, perogolan dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan kebinasaan kepada masyarakat dan seterusnya memusnahkan keharmonian sosial. Kebebaskan media baru ini juga melahirkan masyarakat yang malas dan anti sosial. Kegilaan terhadap penggunaannya melalaikan para pengguna internet. Budaya lepak dan gangsterism juga terhasil daripada penggunaan media baru yang melampau. Terdapat juga pengguna media baru ini tidak memiliki kemudahan untuk mengakses internet di rumah, maka mereka melanggani siber kafe. Melalui itu lar munculnya budaya lepak dan gangsterism yang sudah tentu memusnahkan keharmonian sosial.

Pada dasarnya, penggunaan media baru ini membawa pelbagai kebaikan dan kemudahan kepada para pengguna media baru ini, internet. Disebabkan oleh kerakusan pengguna itu sendiri, maka terhasil lah pelbagai isu-isu yang menyumbang kepada kemusnahkan keharmonian sosial dan seterusnya memcemarkan media baru, internet itu sendiri. Oleh itu, para pengguna harus sedar bahawa dan berwaspada agar tidak terjebak dalam gelaja-gejala yang melibatkan kemusnahan kepada keharmonian sosial.

Apa itu "Media Baru"?

Media Baru merupakan satu istilah yang muncul secara meluas pada akhir abad ke-20 yang merangkumi beberapa penggabungan Media Tradisional seperti filem, imej atau gambar, muzik, pengucapan atau lisan, perkataan bertulis melalui bantuan interaktif komputer dan teknologi komunikasi dengan menggunakan aplikasi ataupun komputer "device" iaitu internet. Media Baru menbolehkan semua maklumat atau informasi sama ada dalam bentuk video, teks atau gambar dapat dilayari atau diakses pada bila-bila masa, dimana sahaja dan dengan menggunakan apa sahaja bentuk digital "device".

Menurut the Free Dictionary.com, Media Baru ialah suatu bentuk komunikasi di dunia digital yang merangkumi penerbitan elektronik sama ada dalam CD-ROM, DVD, Televisyen Digital dan Internet. Konsep kepada kaedah baru berkomunikasi di dunia digital ini membolehkan kumpulan-kumpulan kecil berkumpul dan berkongsi secara online, menjual and swap barang-barang dan maklumat antara satu sama lain.hal ini juga membolehkan lebih banyak orang bersuara dalam komuniti mereka dan di dunia pada umumnya. Merujuk kepada internet.com, Media Baru meliputi laman web, streaming audio dan video, chat rooms, e-mail, komuniti dalam talian, web iklan, CD dan DVD media, "virtual reality environment”, internet teleponi, kamera digital, perkomputeran mobile dan bayak lagi.




Apa itu keharmonian dan Sosial?



Keharmonian dari segi bahasa bermaksud mengharmonikan atau mendamaikan suatu keadaan, tempat, negara mahupun suatu masyarakat. harmoni turut mengandungi beberapa unsur positif yang diterapakan kepada modal insan zaman ini. antaranya melibatkan unsur-unsur harmoni, rukun, aman dan damai. keharmonan dapat diwujudkan apabila terdapat kelangsung pendapat, perpaduan, toleransi, kerjasama dan sebagainya antara rakyat terutamanya antara berbilang kaum.

Sosial pula bermaksud kemasyarakatan. Sosial adalah keadaan dimana terdapat kehadiran orang lain dalam sesuatu persekitaran. kehadiran itu biasanya dapat dilihat secara nyata dan dapat dirasai namun terdapat juga yang hadir dalam bentuk imaginasi. sosial itu dikatakan wujud apabila terdapat interaksi dan komunikasi antara dua orang atau lebih didalam sesuatu persekitaran itu dan juga saling melengkapi. rangkaian komunikasi dan tindak balas antara setiap individu dikatakan sebagai hubungan sosial.