Monday, September 20, 2010

Apa itu "Media Baru"?

Media Baru merupakan satu istilah yang muncul secara meluas pada akhir abad ke-20 yang merangkumi beberapa penggabungan Media Tradisional seperti filem, imej atau gambar, muzik, pengucapan atau lisan, perkataan bertulis melalui bantuan interaktif komputer dan teknologi komunikasi dengan menggunakan aplikasi ataupun komputer "device" iaitu internet. Media Baru menbolehkan semua maklumat atau informasi sama ada dalam bentuk video, teks atau gambar dapat dilayari atau diakses pada bila-bila masa, dimana sahaja dan dengan menggunakan apa sahaja bentuk digital "device".

Menurut the Free Dictionary.com, Media Baru ialah suatu bentuk komunikasi di dunia digital yang merangkumi penerbitan elektronik sama ada dalam CD-ROM, DVD, Televisyen Digital dan Internet. Konsep kepada kaedah baru berkomunikasi di dunia digital ini membolehkan kumpulan-kumpulan kecil berkumpul dan berkongsi secara online, menjual and swap barang-barang dan maklumat antara satu sama lain.hal ini juga membolehkan lebih banyak orang bersuara dalam komuniti mereka dan di dunia pada umumnya. Merujuk kepada internet.com, Media Baru meliputi laman web, streaming audio dan video, chat rooms, e-mail, komuniti dalam talian, web iklan, CD dan DVD media, "virtual reality environment”, internet teleponi, kamera digital, perkomputeran mobile dan bayak lagi.




Apa itu keharmonian dan Sosial?



Keharmonian dari segi bahasa bermaksud mengharmonikan atau mendamaikan suatu keadaan, tempat, negara mahupun suatu masyarakat. harmoni turut mengandungi beberapa unsur positif yang diterapakan kepada modal insan zaman ini. antaranya melibatkan unsur-unsur harmoni, rukun, aman dan damai. keharmonan dapat diwujudkan apabila terdapat kelangsung pendapat, perpaduan, toleransi, kerjasama dan sebagainya antara rakyat terutamanya antara berbilang kaum.

Sosial pula bermaksud kemasyarakatan. Sosial adalah keadaan dimana terdapat kehadiran orang lain dalam sesuatu persekitaran. kehadiran itu biasanya dapat dilihat secara nyata dan dapat dirasai namun terdapat juga yang hadir dalam bentuk imaginasi. sosial itu dikatakan wujud apabila terdapat interaksi dan komunikasi antara dua orang atau lebih didalam sesuatu persekitaran itu dan juga saling melengkapi. rangkaian komunikasi dan tindak balas antara setiap individu dikatakan sebagai hubungan sosial.



No comments:

Post a Comment